Friday, December 31, 2010

KELIBAT TAHUN BARU YANG MENYERAMKAN !!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

salam sejahtera dan ceria buat pembaca semua,

INTRO CORETAN 2010 

selamat tinggal tahun 2010 tahun yang banyak memberi kenangan kepada diri ku

sama ada kenangan baik atau tidak, itu bukan masalahnya.. masalahnya adalah sama ada kita mengambil pelajaran dari kenangan / pengalaman pahit atau manis yang telah kita lalui sepanjang tahun 2010 ini

in summary, tahun ini bukan tahun bertuah bagi ku tapi alhamdulillah aku masih boleh mengecapi nikmat IMAN dan ISLAM yang telah Allah taala kurniakan dan disampaikan melalui Nabi Muhammad S.A.W kepada keturunanku & kepadaku sejak dari kecil lagi

aku juga bersyukur kerana aku masih ada ibu bapa dan adik2 tak lupa juga saudara mara yang very supportive ketika hidupku terasa terumbang-ambing

juga kepada rakan seperjuanganku di dalam kumpulan usahawan Agel atau lain yang banyak memberiku idea dan galakan supaya aku terus melangkah ke depan

tidak lupa juga kepada temanku, sahabatku, kekasih hatiku dan tunangku.. terima kasih awak kerana awak sangat memahami diri ini.. semoga kita boleh hidup bersama hingga akhir hayat.. saya akan cuba sedaya upaya dengan kudrat tulang 4 kerat dan akal yang satu ini untuk melakukan yang terbaik buat keluarga kita nanti.. insya allah..

PERINGATAN

salah seorang dari rakanku pernah memberi SMS nasihat kepada ku berbunyi begini..

"Jika anda dilahirkan miskin, itu bukan satu kesalahan.. Tetapi jika anda mati dalam kemiskinan, itu adalah satu kesalahan.." – Jet Li (Malaysia)

Versi yang panjang berbunyi begini..

”JIKA anda dilahirkan dalam keluarga miskin atau dalam "kemiskinan" itu bukan kesalahan anda, TETAPI jika anda telah hidup 30 tahun dan masih miskin atau mati dalam ”kemiskinan”, itu satu kesalahan..” - Gate

bagi saya nasihat beliau sangat2 bererti.. anda boleh menilai nasihat ini mengikut pemahaman anda sendiri..

PEMAHAMAN SAYA

memang tidak salah kalau kita terus hidup dalam kemiskinan dan kemiskinan itu ada banyak takrifan selain dari miskin harta.. tetapi awas.. kemiskinan boleh mendekati kekufuran.. hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui apa yang tebaik buat diri kita..

tetapi jika kita boleh hidup senang di negara sendiri, mengapa tidak?.. bukanlah mewah tapi cukuplah dengan tidak berhutang disekeliling dan boleh hidup selama beberapa tahun tanpa bekerja.. bolehkah anda?


#
--------------------------------------------------------------------------
[Tahukah anda pendatang asing indonesia ada yang hidup senang, mewah @ menjadi jutawan di malaysia setelah hidup lebih 20tahun - menurut Chef Li penulis buku Jutawan Senyap..]
--------------------------------------------------------------------------
#


adakah saya sudah mencapainya? Pasti belum kerana walau kita kelihatan dari zahirnya tidak susah tetapi hanya tuhan saja yang tahu apa yang kita fikirkan setiap hari.. adakah anda juga begini?


#
----------------------------------------------------------------------------
Selingan;

pikir camane nak bayar duit sewa rumah, installment kereta, insuran diri dan keluarga, perbelanjaan rumah dan harian spt barang dapur, makan minum di ofis, minyak kereta & motor, tol dan parking, bil telepon dan broadband, air dan elektrik, sekolah anak dan bukunya, ko kurikulum dan tuisyennya.. nak bagi lagi mak abah kat kg sikit duit dan mak abah mertua juga tidak lupa.. kalau diorang sakit kena bawa ke klinik kerajaan atau swasta.. tetiba road tax & insuran kereta pulak mati, pastu kena saman lagi dgn polis trafik, kereta ke-2 accident ’tercium’ bontot kereta orang.. insuran tak boleh cover pulak sbb sum insured rendah..

itu baru sikit tapi ini lah hakikatnya apa yang kita fikirkan setiap hari bangkit je dari katil setelah bersiap diri terus keluar rumah mencari rezeki.. pastu pening dengan gaji.. yang belum kita dapat tapi dah tahu ke mana duit tu nak pergi.. [pada bank lah, pada Angkasa lah, pada AEON credit lah, pada kawan sekerja lah, pada isteri lah.. sumernya untuk bayar hutang.. hutang rumah lah, kereta lah, personal loan lah, ASB lah.. hutang koperasi lah.. hutang perabot lah, barang elektrik lah, motor lah.. hutang RM100 nak beli minyak motor dan makan lah.. dan macam2 lagi bentuk hutang..] gaji sedia ada tidak dapat menampung nilai barangan dan servis yang kita beli ketika ini dan 10 tahun ke depan.. sudahkah anda muhasabah diri?
----------------------------------------------------------------------------
#


Hari ini rata2 individu dimalaysia ini sama ada yang bekerja kerajaan atau swasta sudah mula paham mengapa perlu ada 2 pendapatan dalam satu masa.. mereka kini sedar hanya dengan menabung hasil dari 1 pendapatan saja tidak dapat membantu melunaskan tanggungjawab mereka apatah lagi merealisasikan impian diri dan keluarga mereka..

KENAPA BOLEH JADI BEGINI?

Di sini suka saya memberitahu saya mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang kewangan peribadi dan kesihatan..

Ramai orang tidak sedar yang mereka kini berada ditahap kemiskinan dari segi kesihatan dan kewangan menurut kajian sosial di malaysia.. dan apa yang saya fikirkan ialah bagaimana untuk memberi seberapa banyak makumat supaya mereka boleh berfikir dan sedar  betapa kita sangat tidak sedar dan tidak tahu tentang keadaan diri kita lalu secara tidak sengaja telah menjerumuskan diri kita dan keluarga terutamanya ke arah daerah yang lebih teruk dari kemiskinan iaitu papa dan kedana atau fakir..

RUTIN HARIAN, MINGGUAN, BULANAN, TAHUNAN

[Cuba rujuk semula ’selingan’ di atas.]

Saya melihat 5 tahun lepas, apa yang saya lakukan adalah perkara yang sama saja.. bangun pagi hantar anak ke nursery kemudian hantar isteri pastu saya pergi kerja sendiri.. bila tiba sebelah petang saya balik kerja kemudian pergi ambil isteri dan anak dari nursery.. berterusan 5 hari seminggu.. hari sabtu ahad ada kenduri rumah sanak saudara dan sahabat handai atau saya sekeluarga rehat di rumah.. kadang2 sekali-sekala saya bawa keluarga pergi bercuti di tempat yang saya mampu..

Hakikatnya saya bersyukur ke atas segala yang telah dikurniakan kepada saya.. tetapi saya perlu menambah pendapatan untuk memperbaiki hidup saya sekeluarga..

saya mula berfikir untuk buat kerja part-time.. setelah bekerja secara part-time 4 jam sehari selama beberapa bulan, saya mula berfikir..

”..takkan aku nak kerja macam ni sampai aku mati? Kalau aku mati nanti takkan isteri aku nak sambung kerja aku kat sini? Mesti pihak pengurusan cari orang lain punye..”

Lalu aku terpikir kata2 rakan baru yang aku jumpa beberapa bulan lepas..

”.. ko kena ubah cara ko berfikir dan bertindak.. pasti keputusan hidup ko juga akan berbeza, zam..”

Aku rasa betul jugak kata mamat ni sbb aku boleh buat satu perbandingan ringkas diri aku sendiri.. Aku dah kerja macam ni selama 5 tahun dan aku sudah tahu apa aku akan dapat kalau aku kerja lagi 5 tahun di tempat yang sama.. setahun sekali kenaikan gaji tak sampai RM100/= tapi tahun 2010 ni kenaikan barang dan minyak petrol lebih dari kenaikan gaji aku.. bonus ada la dalam 1 atau 2 bulan tapi kejap je abis bayar tunggakan hutang.. dapat durian runtuh pun tak boleh simpan sbb ada saje keperluan keluarga yang perlu dipenuhi.. tau2 je ”durian runtuh” dah abis kena makan.. kena tunggu dan mengharap ”durian runtuh” yang entah bila lagi nak datang..

Maksudnya kalau rutin dan cara aku hidup terus begini je, maka 90% aku sudah tahu keputusan hidup aku bila aku berumur 55 tahun dan nak pencen nanti..

AKU TAHU bila umur aku 55 tahun nanti bos akan buat farewell party sbb dia nak aku blah cepat2 supaya dia boleh cari orang muda yang boleh buat kerja 5 dalam 1, tak macam aku.. gaji yang aku dapat selama 30 tahun aku kerja kat situ akan ’hilang’ macam tu je sbb aku dah di”singkir”kan secara halus iaitu dengan cara ”pencen” kerana ”dah tak produktif”..

Siapa yang nak gaji diri sendiri ”hilang” camtu je selepas 30 tahun kerja.. kalau boleh semua orang termasuk aku nak terus kerja dan dapat gaji lagi tapi bos akan cakap umur awak dah tak produktif lagi.. [dalam hati – kalau aku tahu dulu aku kerja mati-mati dok O.T siang malam pagi petang bagi company untung gila babi.. lepas 30 tahun, gaji boleh ”hilang” camni, baik aku tak yah kerja.. anak isteri aku tak boleh nak waris gaji aku pun, nasib baik aku tak mati lagi.. kalau tak diorang nak makan apa..]


#
---------------------------------------------------------------------------
[menurut Robert T.Kiyosaki Penulis buku Rich Dad Poor Dad dan beberapa lagi judul buku beliau yg terjual berjuta naskah seluruh dunia.. ”Buat apa kita nak kerjakan sesuatu yang akhirnya kita sudah tahu ia tidak akan menjadi milik kita.. baik kita usahakan sesuatu walaupun kita tahu susah tapi akhirnya ia akan menjadi milik kita sekeluarga.. isteri anak dan cucu kita boleh menikmati hasil dari apa yang kita usahakan.. kerana ia berbaloi” – Tidakkah kita pernah terfikir begitu?]
----------------------------------------------------------------------------
#


kawan aku pernah pesan

”..ko kerja dengan gomen (kerajaan) je la, senang pun senang.. kerja tak banyak.. hati tak kusut.. boleh wat loan rumah + kereta.. bila dah nak bersara tak perlu risau sbb ada pencen..”

aku setuju cakap kawan aku tapi aku ada pemikiran yang berbeza daripada dia.. aku lebih suka prinsip umum yang digunapakai diseluruh dunia iaitu ”bayaran mengikut kerja yang dibuat”.. lagi banyak kerja yang aku buat, lagi banyak bayaran yang aku boleh dapat..

aku melihat keadaan dan situasi sekarang, di zaman ini peluang kerja tidak banyak tapi ramai orang cari kerja.. majikan mengambil kesempatan membayar gaji yang rendah kemudian kalau tak puas hati dengan prestasi, majikan akan buang kita dan cari pekerja lain.. kriteria yang mereka cari ialah orang yang boleh buat banyak dan pelbagai kerja dalam satu masa supaya jimat duit.. majikan kat malaysia ni terutamanya company yang kecil dan sederhana biasanya mereka akan guna prinsip bayar satu nilai gaji tapi kerja kena double dari nilai gaji tersebut supaya kita perlu menunjukkan prestasi cemerlang baru boleh dapat kenaikan gaji RM100/ setahun..

”kalau tak larat nak kerja kat tempat ni, boleh cari kerja di tempat lain dan dipersilakan keluar sekarang..” – Majikan

untuk merealisaikan perkara ini memerlukan satu usaha yang berpanjangan yang mendidik dan membimbing diri sendiri dan mereka yang berkenaan supaya mereka tahu BOLEH JE kalau bekerja dengan kerajaan atau swasta tapi mentaliti atau fokus mesti ready atau bersedia untuk melepaskan diri dari kekangan ”usaha yang akhirnya tidak akan menjadi milik kita – MAKAN GAJI”.. walau sebesar mana pun gaji yang kita dapat tapi kita masih MAKAN GAJI..

ALTERNATIF MELALUI PERSPEKTIF MASING2

Saya melihat satu alternatif yang berbeza dari pandangan orang lain. Ramai juga orang yang berpandangan seperti saya tapi lebih ramai yang tidak mempunyai pandangan pun.. mungkin sebab mereka tak tahu atau saja tak nak ambil tahu..

Di tengah2 masyarakat kita, terdapat ramai orang yang mempunyai pendapatan atau perolehan yang tinggi sehingga mencecah 5 angka sebulan.. dahulunya amat sedikit.. perbandingannya adalah seperti ini..

kalau dulu masa tahun 80-90an dari 100 orang, mereka yang berpendapatan 6 angka (RMXXX,xxx) ada 1, orang yang berpendapatan 5 angka (RMXX,xxx) ada 9 dan selebihnya biasa2 sahaja

tapi sekarang di zaman millennium ini mereka yang berpendapatan 7 angka (RMX,xxx,xxx) ada 1, orang yang berpendapatan 6 angka (RMXXX,xxx) ada 9 dan selebihnya berpendapatan 5 angka (RMXX,xxx) dan yang berpendapatan biasa2 itu sudah dikira MISKIN BANDAR..

REZEKI ITU DARI ALLAH

Ada diantara mereka mencari atau mendapatkan sumber pendapatan dengan cara yang tidak halal dan di restui agama. Saya tidak melihat kuantiti wang yang banyak menjadi buruan tetapi nilai keberkatan yang kita boleh dapat dari rezeki yang di berikan kepada kita. Itu lebih penting..

Seperti yang kita ketahui rezeki dari allah turun dalam pelbagai bentuk iaitu dari bentuk ketenangan dalaman diri, ramai kawan dan saudara mara, kesihatan yang panjang, akal yang cerdik dan pintar, masa yang tidak sempit, urusan hidup dipermudahkan, motor lama yang jarang rosak, tayar motor jarang pancit di highway, jumpa dengan kawan2 yang baik2, pendapatan yang mencukupi untuk diri dan keluarga dan bermacam2 lagi..

Di sini saya bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada saya sekeluarga dan saya merasakan perlu membina satu bentuk pendapatan atau ’gaji’ yang saya boleh wariskan kepada isteri dan anak2 jika saya mati atau sudah tidak boleh mencari pendapatan kelak..

Matlamat kewangan dalam kehidupan saya ialah mempunyai liabiliti sifar atau takde hutang dan ada pasif income sekurang-kurangnya RM10,000.00 sebulan untuk anak dan isteri saya..

NILAI DUIT MAKIN  KURANG

Atas dasar ini saya merangka strategi bagaimana untuk mencapainya.. ini bukan untuk hidup mewah dan menunjuk-nunjuk tetapi ini hanya usaha untuk tidak hidup susah sahaja kerana saya mengambil kira faktor nilai duit yang semakin hari semakin berkurangan..

duit RM1.00 tahun 1990 dulu boleh beli nasi lemak sambal sotong.. sekarang nasi lemak sambal sotong tahun 2010 saya beli di bandar berharga RM3.50.. saya jangkakan nasi lemak sambal sotong yang sama akan berharga RM6.50 atau lebih lagi 10 tahun.. ini baru cerita pasal nasi lemak sarapan pagi permulaan hari.. belum cerita pasal harga motor kereta dan insuran road taxnya, buku kasut baju bas sekolah anak, keperluan harian dan bermacam2 lagi.. banyak lagi jenis inflasi yang tidak ketahuan dalam kamus hidup kita yang biasa2 ni..

PERSPEKTIF SAYA HANYA UNTUK SAYA

Saya tidak memcoretkan perspektif saya di sini dan bagaimana cara saya untuk mencapainya.. perspektif saya hanya untuk saya sahaja.. Bagaimana pula dengan perspektif anda?

Ini coretan di peringkat keluarga sahaja dan saya kira saya tidak perlu berbicara mengenai peringkat yang lebih luas dan besar terutamanya diperingkat masyarakat banyak kerana saya tidak layak lagi..

Cukuplah rasanya kalau saya berbicara di peringkat keluarga sahaja dan biarlah mereka yang berkenaan berbicara dan bertindak atas isu ini di peringkat yang lebih tinggi..

AZAM TAHUN 2011

Saya mengalu-alukan tahun 2011 ke dalam kamus hidup saya.. semoga membawa 1,000,000 keberkatan dan rahmat untuk manusia seluruhnya..

Azam terbahagi kepada jangka pendek, sederhana dan panjang.. walaubagaimanapun azam saya adalah perspektif saya sendiri.

Apakah perspektif anda?

----------------------------------------------------------------------------

Nukilan seorang penulis bebas yang melihat masyarakat banyak dengan pandangannya yang tersendiri..

Wednesday, December 15, 2010

HARGA BARU PEK PERCUBAAN

SALAM SEJAHTERA DAN CERIA KEPADA SEMUA PEMBACA YANG MELAWAT BLOG SAYA...


SATU PENGUMUMAN PENTING DI SINI IAITU


HARGA YANG LEBIH MENJIMATKAN UNTUK PEK PERCUBAAN PRODUK AGEL!!

__________________________________________________________________

HARGA LAMA (6 PEK)


SEMENANJUNG MALAYSIA
Pek Cubaan Esklusif AGEL
(6 sachets / 6 pek)

6 pek EXO = RM 90
6 pek FIT = RM 90
6 pek MIN = RM 90
6 pek OHM = RM 90
6 pek GRN = RM 90
6 pek UMI = RM 100
6 pek GLO = RM 100



###########################

SABAH & SARAWAK
Pek Cubaan Esklusif AGEL
(6 sachets / 6 pek)


6 pek EXO = RM 110
6 pek FIT = RM 110
6 pek MIN = RM 110
6 pek OHM = RM 110
6 pek GRN = RM 110
6 pek UMI = RM 120
6 pek GLO = RM 120


_____________________________________________________


HARGA BARU (10 PEK) !!!



SEMENANJUNG MALAYSIA
Pek Cubaan Esklusif AGEL
(10 sachets / 10 pek)

10 pek EXO = RM 120
10 pek FIT = RM 120
10 pek MIN = RM 120 N/A
10 pek OHM = RM 120
10 pek GRN = RM 120 N/A
10 pek UMI = RM 130
10 pek GLO = RM 130 
N/A


###########################

SABAH & SARAWAK
Pek Cubaan Esklusif AGEL
(10 sachets / 10 pek)

10 pek EXO = RM 130
10 pek FIT = RM 130
10 pek MIN = RM 130 N/A
10 pek OHM = RM 130
10 pek GRN = RM 130 N/A
10 pek UMI = RM 140
10 pek GLO = RM 140 N/A
__________________________________________________________________

NOTA :

1) PAKEJ INI BERKUATKUASA SERTA MERTA PADA DETIK WAKTU 12.00 MALAM 17/12/2010 BERSAMAAN HARI JUMAAT.

2) KOS PENGHANTARAN TETAP PERCUMA!!

3) SEBARANG PERUBAHAN PADA HARGA BARU DI ATAS (JIKA ADA) TIDAK AKAN DI BERITAHU LEBIH AWAL.

4) N/A : OUT OF STOCK & WILL BE INFORM LATER @ KEHABISAN STOK & AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

HARAP MAKLUM.

__________________________________________________________________

PENYERAPAN NUTRIEN DALAM TUBUH SEHINGGA 99.99% (MENGATASI BENTUK PIL, KAPSUL, SERBUK DAN JUS) BERMULA DARI BAWAH LIDAH.

SESUAI DI AMBIL OLEH MEREKA YANG ADA MASALAH DALAMAN TERUTAMA USUS & BUAH PINGGANG
KLIK SINI!!

KLIK SINI UNTUK LIHAT TESTIMONI AGEL FIT

KLIK SINI UNTUK LIHAT TESTIMONI MALEK NOOR [ATLET ANGKAT BERAT]

KLIK SINI UNTUK TESTIMONI LAIN & BANYAK LAGI



CONTACT SAYA UNTUK MENEMUKAN JAWAPAN SETERUSNYA!!

PRODUK BERCAKAP SENDIRI...
BISNES PASTI JALAN...
PROVEN / TERBUKTI...


NORIZAM OTHMAN
017-655-8926
Sponsor ID. : 637088

www.agel.com

UNTUK TERUS MEMBELI PEK PERCUBAAN KLIK SINI SEKARANG!!
DAN IKUT ARAHAN SETERUSNYA...




[SILA ISI DI RUANGAN SEPATUTNYA BAGI TUJUAN PENGHANTARAN]

[Pembayaran melalui kad kredit / kad debit / tunai ada diterima di sini..TQ]



Friday, December 10, 2010

PESANAN PEK PERCUBAAN

SETELAH ANDA BACA DAN FAHAM MAKLUMAT DI SEBELAH KANAN ANDA IAITU 'SENARAI HARGA TERPERINCI' HINGGA AKHIR, ANDA PERLU MENGISI BORANG INI DAN LAKUKAN ARAHAN SELANJUTNYA.


_________________________________________





Saya akan menghubungi anda dalam waktu terdekat. Terima kasih.

Nama Penuh:




Alamat Email Aktif:




Pesanan anda di sini:













This form powered by Freedback